Meredakan Batuk Dan Sakit Kerongkong...
Batuk yang berterusan sememangnya mengganggu dan merimaskan
kehidupan anda. Bukan sahaja diri anda malah orang yang berdekatan juga akan
rasa terganggu dengan bunyi batuk anda. Jika ini berlaku gunakanlah petua ini
untuk membantu meredakan batuk tersebut, iaitu ;
1. Dapat gula batu, getah anggur dan buah kembang semangkuk.
2. Rendamkan bahan-bahan tadi bersama selama semalaman di
dalam jag berisi air.
3. Minum air minuman ini sekerap yang mungkin.
Atau dengan petua ini;
1. Bakar dua tangkai lada kering sehingga hangus.
2. Campurkan dengan beberapa titis minyak kelapa.
3. Apabila sebati, sapukannya di sekitar kerangkong.
In Sha Allah kedua-dua petua ini boleh meredakan batuk yang
berpanjangan dan juga sakit kerongkong akan berkurangan.... Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment