Daun Letup Hilangkan Ruam Bayi...
Bayi sememangnya mempunyai kulit yang sensitif. Jika
ianya tidak dijaga dengan betul, ruam akan menyerang kulit bayi. Ruam yang
timbul pada kulit bayi boleh menyebabkan bayi tidak selesa dan menangis. Bagi
merawatnya anda bolehlah mengamalkan petua ini, iaitu:
1. Dapatkan segenggam daun letup.
2. Masukkan ke dalam air suam beserta sedikit ibu garam
dan ramas menggunakan tangan.
3. Mandikan bayi dengan air tersebut.
4. Lakukan setiap kali bayi dimandikan.
Dengan cara ini, ruam
yang ada pada bayi tadi akan hilang beransur-ansur. Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment