Tuesday, 5 April 2016

ATASI LEBAM BAWAH MATA DENGAN MINYAK SAPI

Atasi Lebam Bawah Mata Dengan Minyak Sapi...

Jika anda mengalami kasar dan hitam kelihatan di bawah mata atau adanya kesan-kesan lebam di bawah mata, jangan bimbang ianya boleh diatasi. Ini mungkin terjadi akibat penat bekerja dan juga bagi mereka yang memakai cermin mata.


Anda boleh mengatasi masalah ini dengan mengembalikan kelembapan kulit pada bahagian itu dengan mengikuti petua ini;

1. Ambil sedikit Minyak Sapi dan sapukan pada bawah mata yang bermasalah dengan perlahan-lahan.
2. Sapukan dengan cara bermula dari kanan ke kiri.
3. Kemudian biarkan dia antara 10 hingga 15 minit.
4. Sesuai dilakukan pada sebelah malam sebelum tidur.
5. Selepas itu, bersihkan semula muka.


Lakukanlah dengan kerap sehingga ada akan melihat kesan positif beberapa hari kemudian... Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment